Dalam peti masuk ada e-surat daripada kawan ghades dulu-dulu.
Biasalah, dalam hidup aku dulu. Ghades-ghades yang aku kenal selalunya mereka datang kat aku kemudian pergi macam tu jer. Senyap-senyap. Dan aku, macam biasa. Jadi teruna yang tunggu bulan jatuh bergolek-golek. Entah bila nak jatuh. Memang tak jatuh pun.
Ya, balik pada e-surat semalam.
Katakanlah ghades tu bernama Fia. Kenal Fia masa belajar dan seminar di negeri bawah bayu tujuh tahun lepas. Fia antara ghades yang mendorong aku untuk keluar dari kepulauan Borneo; masa tu aku ambil STPM. Akhirnya, aku berjaya melanjutkan pengajian pondok di Tanah Selatan.
Terkadang, ada baiknya mempunyai kawan yang jauh ini. Long distance friendship misalnya. Di situ ada inspirasi dan motivasi.
In 2004, aku jumpa dia buat kali kedua semasa cuti semester. Setelah dua tahun tak berjumpa.
Turun ke Kuala Lumpur menumpang rumah bapa saudara di Pandan Indah. Masa tu, pertama kali turun ke Kuala Lumpur seorang diri - ngeri semacam sebab pengaruh tv mungkin. Dululah.
Dan bila jumpa, dia bawa aku naik train; STAR, monorel dan Komuter. Seperti pelancong; aku dia bawa ke Masjid Negara, Pusat Islam, KLCC, dan pastinya shopping complex.
Selepas itu, kami hanya berhubung dengan e-surat dan via SMS saja. Kalau aku turun KL mesti dia asyik sibuk. Alasan mungkin. I’m too naive masa tu.
Dan semalam, e-surat yang aku baca. Dia dah berkahwin dan punya cahaya mata perempuan. Pilihan keluarga katanya. Alahai.
For all this time. Baru semalam Fia bagitau. Aku hanya balas: "Kim salam kat baby girl. Sorry saya tak tahu awak dah berkahwin."
Alahai~