Ini mungkin acara MASKARA yang terakhir yang boleh saya hadiri. Andai kata selepas ini saya tidak berada di benua semenanjung ini lagi lah. Itupun kalau tiada jodoh di sini.
Jumpa di sana itu malam.
aku bukan pechenta ghadis lagi ~

Kir, ada ghades mimpi wa. Bilang aku pada Kir yang sibuk memeluk bantal empuk kaler kuning di kamar sorna aku.
Iya ka? Kir.
Dia acapkali tu dream akan wa tau. Aku. Siap nampak wa lagi tu dia kata. Tapikan, dia kata wa tak bercakap pun dalam mimpi dia tu. Cuba lu tafsir sikit.
Lu Google lah Tajul Muluk. Kir.
Ermmm…. sambil aku meng’google’ perihal frasa kitab Tajul Muluk. Tiada apa yang sangat membantu. Aku tanya dia lagi. Biar betul Kir? Takde pun. Lagipun, dia ada mimpi siang dan malam imejan wa tau. Apa maksud r?
Sambil kir memeluk bantal kaler kuning tu, dia jawab; Kau bukan jodoh dia lah tu. Kalau nampak muka jelas tu, kata orang lah. Sah dia bukan jodoh untuk kau. Tanda-tanda tu, lagipun kan kalau betul dia jodoh kau mesti dia tak akan mimpi nampak wajah kau. Kir.
Owhh… Terus closed tab bar musang api.

Semalam, bermalam minggu di balai seminar DBP Wilayah Selatan. Melihat pementasan teater monodrama Wak Khalid bertajuk ‘Jual Ubat’. Ini bukan pertama kali aku pergi ke sana untuk menonton pementasan teater. Dan malam tadi, aku berpeluang bertemu juga dengan Saudagar Garam di tapak pementasan.
Walaupun, malam minggu ini tanpa ghadis-ghadis sunti, cukuplah aku bertemu dengan rakan-rakan blogger di tanah selatan ni.
Hasil tembakan di tapak pementasan teater monodrama semalam bisa dilihat di SINI.
Aku masih terdiam membisu. Sambil memadam suatu yang bukan jadi milik aku. Segala yang masih aku rasa itu ku rasa tawar belaka. Bukan kurang gula, tapi itulah. Kerana rasa jiwa tidak sama seperti selalu.
Kalau ini kali terakhir, biar ia berakhir terus. Tidak ada yang keempat atau kelima. Noktah. Noktah.
Alahai Bintang. Makin hari makin jauh.
Recent Comments